Monday, February 23, 2009

Pe;lancaran Laman Web Rasmi Community Policing.

Salam sejahtera semua pembaca.


Hari ini mula satu era baru di mana community policing di Balai Polis Bukit Puchong telah mengorak satu langkah kehadapan dengan membina sebuah laman web untuk memudahkan penyebaran maklumat di antara ahli komuniti polis dan PDRM.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Polis Negeri Selangor yang bersudi melancarkan perasmian laman ini. Timbalan Ketua Polis Selangor Dato' Jamshah bin Mustapa dan juga Tuan Jamaluddin bin Abd Majid Ketua Jabatan Pengurusan juga telah bersudi meluangkan masa untuk hadir bersama dalam majlis yang serba serbi ini walau saya mengetahui kedua dua mereka amat sibuk dengan tugas mereka.

Tidak terlupa saya merakamkan ribuan terima kasih kepada Tuan OCPD ACP Zainal Rashid bin Abu Bakar dan OCS Bukit Puchong, C/I Basri Sagoni OCS Puchong Jaya Tuan Lokman dan DSP Raj darpada pentadbiran IPD Subang Jaya yang banyak membantu memberi saya pedoman untuk membina laman web ini.

Kepada En Ronnie Francis daripada IOI Mall dan semua ahli komuniti polis yang lain serta pegawai pegawai kanan polis dan anggota anggota polis terima kasih kerana menjayakan majlis ini. Kepada ahli ahli komuniti polis IPD Subang Jaya kita harus berusaha dengan lebih giat lagi demi menjaga keamanan komuniti kita.

Salam sejahtera,

Kuan.


Kep



No comments: