Wednesday, February 25, 2009

Marilah kita bersikap mesra.

Pembaca budiman,

Baru baru ini saya terdengar aduan orang awam bahawa polis trafik memarahi nya bodoh.Ini adalah kerana pegawai tersebut tidak mendapat apa yang dia pinta dalam satu kes kemalangan. Pihak satu yang lain merupakan kawan kepada pegawai polis di balai berkenaan dan apabila si pengadu pergi membuat repot kemalangan di balai berkenaan, ia telah di layan dengan teruk sekali memandangkan satu pihak yang lain ialah police friend.

Wahai kawan kawan dalam seragam biru. Apa yang kamu buat Tuhan akan mengetahui nya. Jangan lah buat perkara yang begitu kerana pengadu rasa terkilan dan menimbulkan rasa benci terhadap polis.

Bukankah kita di didik supaya lebih bermesra dengan rakyat? Sudah di timpa kemalangan pergi kebalai jadi habuan maki polis pula. Ini tidak seharus nya berlaku.

Saya menasihat beliau bersabar dan memaafkan polis tersebut dan memberitahu nya bahawa ramai lagi polis yang baik.

Harap haraplah polis semua dapat berurusan dengan baik, ye kerana Malaysia terkenal dengan budi bicara yang baik dan halus. Senyum sekiranya boleh kerana senyuman mu pasti mengundang segala kebaikan kepada mu dan keluarga mu.

No comments: