Saturday, February 28, 2009

YB YB publisiti murah.

Wahai YB YB,

Kita lihat bagaiman orang orang politik mencari publisiti murah di mana satu perhimpunan beramai ramai tanpa permit telah berlaku pada hari ini 28hb Februari 2009 di hadapan balai polis Brickfileds. Konon nya mereka ingin membuat repot mengenai kes penganiyaan Uthayakumar tahanan ISA.

Eh, YB, repot poliskan boleh di buat oleh seorang dan takperlu 400 orang. Kalau YB takut nak buat repot panggil lah securicor untuk lindungi YB lah. Ini bawa sampai 400 orang dan keriau di sana sini saperti makluk hutan. Apabila FRU suruh bersurai, enggan pula. Ini sudah nampak sangat teruklah mencari publisiti murahan.

Kalau Uthayakumar di anayai, buat lah repot dan kemudian panggil sidang akhbar. I percaya akhbar akan sentiasa menunggu berita sensasi daripada YB yang bersekolah tinggi ini. Konon nya satu orang tak boleh buat repot tetapi membawa bala tentera untuk mencari pasal dan apabila FRU pancut air, keluarlah gambar tersebut. Tak de gambar polis kena pukol, polis kena pijak, tak ade. Jangan harap lah Malaysia Kini nak siar gambar polis cedera.

YB YB, kita sudah di landa tsunami ekonomi. Kita telah bosan dengan laungan u semua, ISA, tukar langit Sept 16, Uthayakumar, lepas ini, u orang pasti cari isu lagi dan berarak lagi lah sekali di jalanan, Buat bising lagi untuk mendapat publisiti, kalau tidak siapa akan kenal kamu ye. Apabila kami mengundi kamu, kami berharap kamu akan membawa perubahan. Setahun telah berlalu dan kami semua capet untuk tunggu perubahan tersebut tetapi sebalik nya politik murahan yang kamu membawa.

Kami rakyat semua sudah bosan dengan karenah kamu membawa beratus orang untuk membuat satu repot polis. Ubah lah taktik kerana ia sudah basi.

Pedoman buat repot polis.

Mana mana individu boleh membuat repot polis di mana mana balai polis yang berhampiran dengan tempat kejadian. Ini untuk fasilitas pegawai penyiasat.
Satu repot polis tidak memerlukan beratus orang.
Faham ke tak faham atau buat buat tak faham.

Yang kami di cops melahirkan rasa kesal kerana tenaga yang di perlukan untuk menjaga 400 orang itu lebih baik di gunakan untuk jaga aman mencegah jenayah.
Walaupun YB YB bising jenayah meningkat mereka lah peyumbang kepada kenaikan penjenayah ini kerana polis perlu lebih anggota dan masa untuk mengawal mereka daripada mencegah jenayah.

Pikir sejenak...............................................

Salam.


No comments: