Wednesday, February 25, 2009

Macam mana ni?

Salam sejahtera pembaca budiman,

Marilah kita sama sama renung dan lihat apa kah yang menunggu kita sekiranya kita pergi kebalai polis?
Motosikal buruk berterabur dan mesin judi bertingkat tingkat di susun, kereta buruk terbiar untuk menghadapi kerakusan cuaca yang cuba mejahanamkan nya tanpa belas kasihan.

Adakah ini kesalahan pihak polis ataupun pentadbiran atau perancangan orang atasan?
Atau adakah polis di anaktirikan? Bukan kah keselamatan negara menjadi teras utama kejayaan negara?

Kesemua barang kes tidak dapat di letakkan atau di simpan dengan baik kerana polis tidak mempunyai setor barang kes yang boleh menampong jumlah yang di simpan. Kelewatan kes mahkamah juga memainkan peranan yang penting di mana barang kes di letakkan di kawasan yang tidak di tutup atau di lindungi dengan baik. Mengapa setor kastam boleh di perolehi dengan baik? Ini menunjukkan kerajaan tidak mengambil berat atas masaalah ini. Mangsa yang mengambil semula kenderaan mereka setelah selesai kes hanya boleh mengeleng kepala.
Mereka akan menuduh polis tidak menjaga harta benda mereka. Ini pasti menimbulkan rasa ketidaksenangan hati mereka terhadap polis. Kerugian berjuta ringgit atas tuntutan insuran dapat di elakkan sekira nya kenderaan tersebut dapat di jaga dengan baik dan di pulangkan nya dengan sempurna apabila selesai kes di mahkamah.

Oleh yang demikian kami rakyat Malaysia berharap setiap balai polis yang di bina pada masa hadapan perlu mempunyai satu setor barang kes yang cukop untuk menampong barang barang kes terutama kenderaan .

Cuba tuan.puan yang budiman bayangkan. Kalau lah kes bunuh dan kita perlu mencari bukti di kenderaan, dengan cuaca yang tidak menentu di Malaysia, kita perlu satu tempat untuk meletak dan meyimpan kenderaan tersebut untuk analisa yang teliti. Sekira nya penyiasatan tidak dapat dilakukan disebabkan tiada tempat untuk memelihara keadaan sebenar barang kes, ini pasti akan menjejaskan kepercayaan orang ramai kepada pihak polis.

Kita harus mempunyai satu tempat barang kes yang lengkap.

Ciri ciri bilek barang kes di balai balai polis amat di curigai kerana sistem nya tidak perlu lah saya bincang di sini. Ini boleh menimbulkan pelbagai isu dan kontrovesi sekiranya kehilangan barang barang kes saperti dadah dan penyalahan guna atau peyelewangan munkin boleh berlaku. Nak salahkan polis atau salahkan siapa?

Renung renung lah wahai pembaca budiman.

Kuan

No comments: