Sunday, September 13, 2009

Borang Balik Kampung

Wahai salam sejahtera pembaca budiman,

Ketua Polis Selangor Dato' Khalid Bin Abu Bakar dan Ketua Polis Daerah Subang Jaya dan Timbalan Ketua Polis Daerah melancarkan kempen Balik Kampung Selamat di IOI Mall, Puchong pada 13hb September 2009.
Terlebih dahulu mari lah sama sama kita mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana memberi kita kekuatan dan kesihatan untuk bersama sama meraikan Hari Raya Aidilfitri. Bagi pihak cops.org.my kami memohon maaf zahir dan batin atas apa apa kesilapan yang kami lakukan sepanjang perjalanan kami sebagai satu organasasi yang mengutamakan keselamatan.

Di http://www.cops.org.my/ kami telah menyediakan borang balik kampung untuk tuan tuan dan puan puan untuk mengisikan nya. Tuan Tuan dan Puan Puan juga boleh memuatkan turun borang dan mengembalikan nya dengan sendiri nya kepada balai balai polis yang berhampiran juga. Sekiranya tuan tuan dan puan puan memilih untuk mendaftar dengan pihak kami, kami akan menghantar maklumat tersebut kepada balai polis yang berhampiran dengan alamat yang di berikan.
Berhati-hati lah di jalan raya dan ingati lah orang kesayangan anda. Kesabaran di jalan raya adalah sebahagian daripada amalan yang boleh membawa kepada keselamatan dan kesejahteraan.
Simpanlah nombor telefon lebuhraya lebuhraya yang anda perlu lalui untuk kegunaan kecemasan.

" Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. "