Thursday, October 15, 2009

Public fail to appreciate police

Salam Deepavali,

Tun Dr Mahathir amat tepat apabila beliau melahirkan kata bahawa orang awam kurang menghargai jasa polis di Malaysia. Orangramai masih memandang rendah terhadap perkhidmatan polis di mana meraka cepat melabelkan polis sebagai anggota yang korup dan kurang profesional.

Mengapa kah orangramai memandang serong kepada pihak polis? Adakah ia benar bahawa polis tidak memenuhi bench mark yang telah di tetapkan. Saya pasti ramai di antara kita akan mempertahankan PDRM apabila ia di serang tanpa asas. Tetapi mari lah wahai sahabat sahabat PDRM semua, kita renungi mengapa orang awam kurang menghargai kita? Ia mesti ada sebab. Tengok lah front liners kita. Tengok lah bagaimana kereta peronda kita berleluasa di bandar besar.

Polis tahan box van bertubi tubi dan pantang saja tengok box van memang lah di tahan. Pantang tengok van bawa penumpang bermirip Indonesia, Mynyamar atau lain lain orang asing mmesti kena tahan, Teksi bawa penumpang mirip warga Indonesia, Bangla, Mnyanmar , tahan lah, Konon periksa dokumen. Ada dokumen, dia pun kata tak sah. Ugut nak bawa balik balai. Cek imigresen. Tahan lori besar. Kata bawa muatan lebih berat. Ugut nak bawa pergi periksa kat JPJ. Bayar RM 20 settle, Yang berat jadi ringan. Bayar RM 300 dokumen perjalanan yang sah jadi sah.

Orang ramai mengambil sikap mudah di mana mereka selesaikan masalah mereka melalui mahkamah tepi jalan. Yang pihak satu lagi pula ghairah menerima nya kerana gaji nya yang kecil.

Tangga gaji PDRM untuk rank and file masih kecil berbanding dengan tanggungjawab dan risiko yang mereka hadapi. Ramai anggota polis mengeluh kerana gaji masih kurang di mana kerja nya berisiko tinggi dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi.

Ambil itu bukan kerana nak kaya tetapi memadai dan menampung untuk cukup makan.
Ia menjadi a necessity ataupun keperluan. Kalau di gaduhkan kerja Bangla pun lebih tinggi nya gaji daripada polis.

Tetapi yang minta kerja polis itu pun ramai. Banyak mahu kerja polis kerana lumayan. Masyuuuk. Tetapi salah langkah masyuuuuk penjara. Pasal RM 50 pun kena 3 tahun.

Jadi sahabat sahabt semua, marilah kita berani berubah, Marilah kita cuba hapuskan budaya ambil. Kalau nak minta, biar gentlemen, minta dekat tauke sikit sikit sudahlah. Cuba lah kita minta dengan tauke kita sebenar nya, Kerajaan Malaysia, JPA usah kira perbandingan dengan ahli kerajaan lain.

JPA harus kira kerana polis ini memerlukan banyak pergerakan dan mereka dalam bertugas 24 jam. Kalau berbanding dengan staf kementerian lain adalah tidak tepat.

Bayar gaji lebih tinggi dan sekira nya selepas menerima pendapatan yang berpatutan dan masih mengamalkan korupsi, mereka harus di pancung dari PDRM. Hina kalau setelah di bayar gaji berpatutan masih mengamalkan korupsi.

Maka ayuh sahabat sahabat, mari lah kita bertanggung jawab laksanakan tugas kepolisan kita sementara menunggu tangga gaji yang berpatutan daripada bos kita. jaga lah nama baik dan imej PDRM. Dan awas, jangan lah sehingga terpelosok ke dalam penjara. Menyesal kemudian tidak berguna.

No comments: