Penduduk dan peniaga Puchong telah di gemparkan dengan berita "Puchong raiders" di mana satu kumpulan lelaki di percayai India telah menyamun sebanyak 7 kedai dalam masa 45 minit pada awal pagi 16hb Jun 2009. Maka dengan ini pihak penduduk telah pun menghantar satu memorandum di mana permintaan rondaan yang lebih giat di waktu pagi di adakan. Memorandum ini telah di hantar kepada Dato' Khalid Bin Abu Bakar, Ketua Polis Selangor. Kami telah memohon polis meningkatkan mutu perkhidmatan nya di kawasan pertanyaan di mana ia adalah tempat pertama ( meeting point ) di mana polis berinteraksi dengan orangramai. Ramai di antara pihak kami yang pergi ke balai polis membuat repot terpaksa menghadapi layanan yang kurang mesra, tidak apa attitude ( blank stares at times) di enquiry counter balai polis. Semasa mangsa jenayah yang telah mengalami trauma yang teruk datang kebalai membuat repot, perasaan mereka kucar kacir dan mereka memerlukan pertolongan yang baik. Kalau lah pihak polis melayan ala kadar sahaja ia bukan hanya menjatuhkan imej polis malah akan mengurangkan kepercayaan orangramai kepada polis. Maka dengan ini kami memohon supaya sekurang kurang nya 2 orang pegawai polis di khaskan untuk menerima mangsa di kawasan enquiry dan memberi bantuan sepenuh nya kepada mangsa jenayah. Mereka harus di berikan bantuan segera mengikut keperluan. Ini akan menaikkan imej profesionalisma polis. Mereka seharus nya mencontohi corporate reception. dengan ini kami memohon pihak polis untuk memberi pertimbangan dalam aspek ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
membaca seluruh blog, cukup bagus
Post a Comment