Sunday, June 7, 2009

Pecah rumah di Taman Wawasan 2.


Satu kejadian pecah rumah siang hari telah berlaku di Wawasan 2/6 , Taman Wawasan Puchong di mana tuan rumah telah meninggalkan rumah nya untuk bercuti di Pulau Pinang bersama anak anak nya yang sedang bercuti sekolah. Tinjauan di buat dan di dapati pencuri telah memecahkan kunci di bahagian pintu rumah dan mengeledah rumah. Kejadian pecah rumah siang hari kini selalu berlaku di kawasan perumahan yang sunyi dan di mana pandangan hadapan rumah sentiasa di lindungi daripada pandangan umum.


Pengeledahan di buat dengan sistematik oleh penjenayah untuk mengesan barang berharga.


Mangsa kenal pasti TV LCD 32 inci, periuk nasi, barang kemas dan wang tunai ialah antara barang yang di curikan dan dilarikan penjenayah.
Untuk kes pecah rumah seseorang boleh di tuduh di bawah seksyen 457 KK di mana ia boleh di penjarakan sehingga 14 tahun dan untuk kesalahan kali kedua ia boleh juga di kenakan dend dan sebatan rotan jika di sabitkan kesalahan nya. Kebanyakan kes pecah rumah adalah amat sukar untuk pegawai polis menuduh di bawah seksyen 457 melainkan mempunyai bukti yang kukuh dan kebiasaan nya ia akan di tuduh di bawah seksyen 411 KK di mana ia di baca bersama di mana pertuduhan adalah di bawah memiliki barang barang curi.

Orangramai adalah di ingatkan jangan meletak objek saperti ampaian baju yang boleh bergerak kerana ia menjadi trend jenayah berselindung di belakang ampaian baju untuk memecahkan pintu rumah. Ramai di natara kita suka meletakkan kenderaan besar saperti MPV atau pacuan 4 roda di hadapan rumah di mana ia menjadi satu tempat persembunyian yang baik untuk menunggu mangsa balik kerumah dan melakukan jenayah atau ,menjadi tempat berselindung kepada penjenayah untuk memecahkan piuntu hadapan rumah.

Salam sejahtera,

kuan


No comments: