Saturday, April 18, 2009

Salah Siapa?

Wahai kawan kawan,

setiap kali sebuah patrol car lalu di tol, ia kena bagi tiket waran atau pun melambaikan tangan untuk lepasi tol. Bayang kan di IPD Subang Jaya kita mempunyai tol di 1 ) BT 16 Puchong, 2) Tol Seri kembangan dekat Golden Palace Horeses, 3) di Kesas Highway di Awan Besar, 4) Tol di Kesas Highway dekat Summit Hotel, 5) Tol dekat Simpang Proton masuk Elite 6) Tol Sunway,
7) Tol Bukit Hitam, 8) Tol dekat UPM dan setiap kali patrol car masuk kawasan ini mereka terpaksa beratur dan untuk melalui tol ini. Masa yang di gunakan amat membazir dan terdapat satu kes di mana semasa polis mengejar penjenayah, iaitu di sayki perogol teksi, teksi itu bolos gunakan smart tag. Polis melopong kerana tak ada tag untuk lepas. Maka perogol itu lepas lari. Soalan orangramai mengapa tak rempuh?

Kalau kereta polis rempuh barrier di lorong smart tag, kerosakan kenderaan polis, pasti pemandu kena marah. Kalau rempuh dan tak kawal kereta dan terlanggar orang maka kena tuduh memandu dengan cuai . Siapa pulak mahu bayar palang rosak di tol kalau polis langgar?

Apa salah nya kalau smart tag di berikan kepada patrol car? Bukan patrol car meronda lebuhraya juga? Salah siapa kalau penjenayah mempunyai smart tag dan polis tak berupaya mengejar?

Nampak tak polis ini di biarkan macam ini. Beratur lah mengikut giliran, Kalau perompak lari apa aku susah. Tag pun tak ade.
Nak salahkan siapa, pikir pikir lah dan renung renung lah wahai sahabat. Kalau lah ada Tuan besar terbaca, sila lah ambil kira ini.

Terima kasih,
sudah lama kita highlight kes ini tapi semua tidur dan tak jawab.

No comments: