Hai kawan kawan,
Semasa saya berkesempatan melawat satu mangsa rumah kecurian, saya bersama pegawai penyiasat telah membuat beberapa temuramah kepada jiran rumah mangsa.
Alangkah terkejut apa bila saya mendapati dari hasil temuramah bahawa pekerja ( maid jiran ) jiran telah nampak 2 lelaki Cina memasuki rumah mangsa tetapi tidak berbuat apa apa. Ini kerana pesanan dari majikan nya jangan lah sibuk atau busy body.
Ini menunjukkan sikap tahap kerjasama jiran dan kecurian ini munkin dapat di patahakan sekira nya polis dapat di hubungi.
Ramai jiran kita bersikap mendiamkan diri atau mengasingkan diri daripada jiran kerana kita fikir kita lebih kaya atau tinggi nya mertabat atau kita lebih pandai dan akhir nya kita menjadi korban kerana keangkuhan kita.
Maka wahai tuan tuan berbaik dengan jiran anda mana tahu mereka lah orang yang akan membantu anda semasa kecemasan atau apabila rumah anda di masuki pencuri.
Ajarlah maid anda untuk menghubungi polis dan janganlah anggap mereka bodoh dan tak mampu membantu. Marilah kita sama sama melancarkan kenali lah jiran anda. Cubalah kenali jiran anda dan semoga mereka dapat menceriakan hidup anda.
Saturday, December 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment