Saturday, January 3, 2009

Visi and misi komuniti polis.

Hai Tuan / Puan,

Semenjak kita menyertai komuniti polis, kita masih dalam keadaan samar samar apakah yang harus kita buat. Setiap kali mesyuarat kita hanya membawa masaalah kepada pihak polis dan ini di terima oleh polis di mana ia di jadikan maklumat yang penting dan mustahak dalam memahami masaalah akar umbi di mana polis boleh menganalisa keadaan sesuatu tempat.

Keberkesanan mesyuarat setiap kali agak limited kerana ia tertumpu kepada masaalah yang di lontarkan kepada polis. Saya percaya kita boleh lebih berkesan jika kita memainkan peranan masing masing dengan lebih luas.

Adalah di ingatkan penjenayah datang nya juga dari masyarakat dan sekira nya kita mempunyai satu masyarakat yang sihat, penjanayah tidak munkin dapat di lahirkan. Dengan itu, community polis harus lah masuk terus ke akar umbi masayrakat dan memahami keperluan mereka dan juga masaalah sosial yang mereka sedang hadapi demi untuk memperbetulkan keadaan nya.

Community policing juga perlu mempunyai ciri ciri nya sendiri. Kini ahli komuniti polis masing masing terumbang ambing kerana tidak mempunyai hala tujuan yang sebenar.

Maka saya bercadang dapat kita mengadakan satu visi dan misi untuk komunti polis IPSD Subang Jaya supaya ia dapat menyumbangkan kepada hala arah tujuan yang kita perlu hadapai demi menjayakan misi kita iaitu menghindarkan jenayah.