Saturday, December 26, 2009

Perjumpaan dengan Dato Wan.


Semua pembaca yang di hormati,
Satu perjumpaan telah di adakan di antara saya dengan Dato' Wan Ahmad Najmuddin Bin Mohamad iaitu pegawai polis yang telah di pertanggungjawabkan oleh YB Menteri Dalam Negeri untuk mengorak langkah di dalam KPI mengurangkan jenayah di dalam NKRA. Kami telah berbincang dengan pandang lebar mengenai kaedah pengurangan jenayah dengan mewujudkan community policing di kawasan yang bermasalah.

Perjumpaan ini merupakan satu pembuka jalan untuk membantu polis dan kerajaan terutama dalam pengurangan jenayah di mana community policing atau kepolisan komuniti ini telah di praktiskan di banyak negara dan di dapati berkesan.

Kepolisan komuniti telah di lancarkan dengan agresif nya oleh ACP Mohamad Azlee bin Abdullah di beberapa negeri sebagai pilot project community policing. Salah satu daripada community policing yang boleh di contohi ialah community policing di Taman Maharani, Muar.

No comments: